MANILA: Filipina tidak akan mengambil bahagian dalam keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk meneruskan siasatan ke atas kempen antidadah presiden Rodrigo Duterte sebelum ini, kata Setiausaha Kehakiman Filipina Jesus Crispin Remulla pada Rabu, lapor Xinhua.
"Kerajaan Filipina tidak akan bercakap atau berurusan dengan ICC. Kami tidak memerlukan mereka atau mahu mereka datang ke sini," kata Remulla pada sidang media yang diadakan di Manila.
Remulla bertindak balas terhadap keputusan ICC pada Selasa untuk meneruskan siasatan terhadap kempen antidadah selepas Dewan Mahkamah Rayuan menolak rayuan kerajaan Filipina terhadap penyiasatan semula.
Remulla berkata bahawa ICC melanggar undang-undang Filipina dan sistem perundangan sekiranya mereka melawat negara itu, berikrar untuk menasihati Pejabat Peguam Cara Negara (OSG), pembela undang-undang kerajaan, untuk berhenti berurusan dengan ICC.
Menurut data kerajaan Filipina, lebih 6,000 orang maut dalam kempen perang melawan dadah yang dilancarkan Duterte selepas beliau memerintah pada 2016.
Pengerusi Jawatankuasa Senat mengenai Keadilan dan Hak Asasi Manusia Francis Tolentino juga menegaskan bantahan badan perundangan terhadap keputusan ICC.
"Sekali lagi, penafian rayuan itu tidak memberikan ICC bidang kuasa," katanya dalam satu kenyataan, sambil menambah keputusan itu "menyerlahkan sikap berterusan ICC tidak menghiraukan kedaulatan Filipina."
Pada November 2021, ICC menghentikan siasatannya terhadap perang terhadap dadah atas permintaan pentadbiran Duterte. Januari ini, kamar praperbicaraan mahkamah membenarkan penyiasatan disambung semula.
Pada Februari, pentadbiran Marcos merayu untuk menggantung dan membatalkan keputusan itu, menegaskan bahawa mahkamah antarabangsa tidak mempunyai bidang kuasa ke atas negara itu.
Filipina secara rasmi telah menarik diri daripada ICC pada 2019 tetapi mahkamah memutuskan ia mempunyai bidang kuasa ke atas jenayah yang dilakukan sambil menyatakan Filipina masih tertakluk kepada Statut Rom semasa perangnya terhadap dadah.
--BERNAMA-XINHUA
Bernama
Wed Jul 19 2023
Filipina tidak akan mengambil bahagian dalam keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk meneruskan siasatan ke atas kempen antidadah presiden Rodrigo Duterte sebelum ini. - Gambar fail/REUTERS
Lelaki diserang buaya ketika jala ikan di Pantu
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) akan dimulakan pagi ini, kerana keadaan malam tadi sudah terlalu gelap.
Angka korban akibat banjir di Sumatera Barat meningkat kepada 31 orang
Banjir yang bermula sejak Sabtu malam, telah membawa lumpur ke daerah tanah datar, lalu menjejaskan lima mukim.
Penunggang motosikal maut terbabas, kepala kena tiang papan tanda
Seorang lelaki berusia 50 tahun maut setelah motosikal yang ditunggang hilang kawalan lalu terbabas melanggar pembahagi jalan di Ipoh.
Liga Super: Tangan Kamal Azizi patah terkena bola sepakan pemain Kuching City
Kamal dikeluarkan seawal minit pertama perlawanan selepas bola sepakan pemain pertahanan Kuching City terkena tangan kanannya.
12 samseng jalanan ditahan, 57 motosikal disita di Taiping
Operasi yang diadakan bukan saja untuk membanteras samseng jalanan tetapi juga untuk mengurangkan kes kemalangan dan jenayah jalanan.
Kereta hilang kawalan masuk lorong kiri punca bas terbalik di lebuh raya
Akibat pelanggaran, kereta itu berpusing 360 darjah dan melanggar bahagian hadapan kanan bas.
PM tiba di Doha untuk lawatan rasmi tiga hari ke Qatar
Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Doha pada kira-kira 9.37 malam Ahad waktu tempatan.
Dr Dzulkefly komited selesai isu gaji, kebaikan jururawat
"Saya sangat sedar, insaf dan amat empati terhadap pelbagai masalah profesion ini termasuk gaji, saraan, kerjaya, kebajikan."
Pemaju hartanah tidak bertanggungjawab musnahkan impian pembeli rumah
Kerajaan khususnya kementerian yang bertanggungjawab terhadap pengguna dan perumahan, jabatan penilaian serta agensi yang terlibat dalam pembinaan perlu tampil ke depan membantu pemilik rumah.
Liga Malaysia: Stadium Likas, Sabah pertama bakal guna sistem VAR sendiri
Sabah bakal menjadi negeri pertama mengguna pakai sistem VAR sendiri jenis sistem Goal Sport VAR untuk perlawanan Liga Malaysia di Stadium Likas.
Gempa bumi sederhana dikesan di Filipina
Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.1 pada skala Richter dikesan berlaku di Mindanao, Filipina pada 11.34 pagi ini.
China gesa Filipina henti pencabulan, provokasi di Laut China Selatan
Tentera Filipina pada Sabtu dakwa kapal pengawal pantai China menggunakan meriam air terhadap kapal bekalan Filipina di Laut China Selatan.
Menteri Luar India akan lawat Singapura, Filipina dan Malaysia
Menteri Luar India, Dr S. Jaishankar akan melakukan lawatan rasmi ke Singapura, Filipina dan Malaysia dari 23 hingga 27 Mac ini.
Kecoh apabila dua kumpulan pondan bertempur di Bangkok
Polis bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima laporan 20 wanita transgender warga Filipina menyerang dua wanita transgender warga Thailand.
Skandal jualan beras: Filipina gantung tugas lebih 130 pegawai
Arahan itu akan berkuat kuasa pada Isnin sementara siasatan dijalankan untuk menentukan kebenaran dakwaan berkenaan
Rantau ASEAN dilanda 36 bencana, Indonesia dan Filipina paling terjejas teruk
Rantau ASEAN mengalami 36 bencana sepanjang minggu lepas, termasuk banjir, tanah runtuh dan insiden berkaitan angin, terutama di Indonesia, Filipina dan Malaysia.
Ekonomi Filipina paling pesat di Asia Tenggara, pinggirkan Malaysia, Vietnam
Filipina mengatasi Vietnam dan Malaysia untuk menjadi ekonomi yang paling pesat berkembang di Asia Tenggara pada 2023, dengan pertumbuhan dipacu kepenggunaan, perkhidmatan dan pelaburan.
MetMalaysia keluar nasihat ribut tropika Jelawat
MetMalaysia mengeluarkan nasihat ribut tropika Jelawat yang bergerak ke arah barat kira-kira 396 kilometer (km) timur laut Davao, Filipina.
Rakyat Malaysia diculik sebelum dibunuh di Filipina - Bukit Aman
Seorang rakyat Malaysia yang bekerja di Manila, Filipina telah diculik sebelum dibunuh oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali pada 22 Okt lepas.
Gempa bumi kuat 6.4 magnitud landa Mindanao
Gempa dengan kedalaman 81 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 76km utara dari Bislig, Filipina.